Saturday, December 8, 2012

Tafsir/takwil Mimpi





Ada seorang hamba Allah bermimpi berada didalam masjid (ruang solat bahagian luar) di kampungnya. Di sekelilingnya ramai kanak-kanak lelaki berpakaian serba putih. Hanya beberapa orang tua yang dikenalinya berada di situ termasuk bapanya. Kemudian dia terdengar alunan tilawah al-quran dari dalam masjid. Sangat merdu suaranya dan tartil bacaannya. Tiba-tiba suara yang merdu itu diam selepas beberapa saat.

Kemudiannya, seorang tok siak yang sudah lama berkhidmat di masjid itu keluar dari dalam masjid dan berteriak bahawa Rasulullah SAW sudah tiada. Rasulullah SAW sudah wafat meninggalkan kita. Ramai hadirin berlari mendapatkan Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, semua yang berada dalam masjid itu menangis teresak-esak. 

Kemudian hamba Allah itu tersedar dari mimpi sebelum azan subuh. 

Apakah makna mimpi tersebut? Siapa yang arif boleh terangkan... 

Terima kasih. Jazakumullah.

NB: Mimpi ini berlaku tahun 2006

Tuesday, December 4, 2012

Perjalananku

Lahir dan menetap di kawasan kampung adalah satu pengalaman yang hebat dan menarik sepanjang hidup. Peluang menziarahi sanak saudara di kampung pedalaman dan tinggal di rumah emak saudara di Kedah jelapang padi dimana kawasan rumah bersebelahan gunung jerai sangat strategik untuk menikmati, memahami dan menjelajah hutan belukar gunung jerai sambil mencari buah dan bermain-main bersama rakan-rakan di situ. Memang indah suasana 70an dulu di kampung Kedah.

Bapa saudara pula tinggal di Butterworth yang agak sub bandar membolehkan saya menikmati, memahami dan meneroka kehidupan masyarakat majmuk di sub bandar. Di kampung Kedah, penduduknya 100% melayu muslim. Di kawasan sub bandar, majoriti melayu muslim dan terapat beberapa keluarga India dan Cina bukan muslim. Hidup disini lebih mencabar sedikit apabila kedai-kedai runcit dan pasar semua di punyai oleh bukan muslim. Jiran-jiran bukan bukan muslim memelihara anjing dan ada juga yang dibiarkan bebas. Semasa berjalan melalui perkampungan cina dalam perjalanan ke pasar basah dengan nenek, kami terpaksa berdepan dengan anjing-anjing liar yang menyalak dan cuba hendak mengejar kami. Memang lebih mencabar kerana takut hendak samak berkali-kali.

Kampung kelahiranku tidaklah begitu kampung atau sub bandar. Berdekatan sebuah pekan koboi kecil dimana majoriti peniaga adalah cina bukan muslim dan dua kedai india muslim pada tahun 70an. Tahun 80an sudah nampak ada beberapa kedai melayu muslim dibuka. Alhamdulillah, seronok bila lihat melayu muslim semakin maju kehadapan membangun ummah. Fardu kifayah.

Semasa kecil di sekolah rendah, saya sempat ke sekolah agama di waktu petang setelah balik dari sekolah kebangsaan. Ilmu yang dipelajari di sekolah agama lebih kepada fardu ain dan tidaklah susah. Siapa saja boleh masuk ke kelas itu tanpa ada prasyarat ketat. Namun, untuk naik ke kelas yang lebih tinggi perlulah lulus peperiksaan. Saya tak sempat masuk ke kelas Tiga kerana sudah berumur 12 tahun ketika darjah dua. Berhenti setakat itu. Saya juga pergi mengaji Al-Quran dengan imam masjid sebelah rumah dirumahnya. Lebih kepada kebolehan membaca Al-Quran dan bukan pemahaman dan tajwid tinggi.

Setelah masuk sekolah menengah kebangsaan agama di tingkatan 1-5, banyak kawan-kawan dari luar pulau pinang dapat dikenali. Jaringan semakin luas. Guru-guru pula hebat-hebat belaka. Alhamdulillah.

Bersambung...

Rakan-rakan Pembaca Budiman