Showing posts with label Undang-Undang. Show all posts
Showing posts with label Undang-Undang. Show all posts

Friday, July 3, 2009

KONSEP, TUJUAN DAN MATLAMAT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Punca undang-undang Islam terdapat di dalam al-Quran yang mengandungi ajaran-ajaran yang diwahyukan oleh Allah bagi manusia dan ajaran-ajaran itu telah diterangkan dan diberi contoh oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang mana baginda telah memberi tauladan bagaimana ajaran-ajaran al-Quran itu boleh dilaksanakan dalam kehidupan di dunia ini. Undang-Undang Islam kemudiannya telah diperkembangkan di dalam pelaksanaannya oleh Khulafak al-Rasyidin dan dengan usaha ulamak dan ahli Hukum yang telah berusaha menggunakan ijtihad mereka menerangkan dan menggunakan ajaran al-Quran dan Sunnah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Di dalam zaman moden ini, boleh dikatakan undang-undang itu telah dipengaruhi oleh perundangan dan keputusan-keputusan Mahkamah. Walau bagaimanapun kita perlu menyedari apa dia punca dan asas undang-undang Islam, sepertimana yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. di dalam surah al-Nisa' ayat 59 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan uli"l amri (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada Allah dan Rasulnya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, dan lebih elok pada kesudahannya".

Perkahwinan

Islam telah menekankan kepentingan perkahwinan dan menguatkan perhubungan keluarga. Islam juga menekankan bahawa perkahwinan adalah yang penting dan pertama sekali perkara ibadat. Apabila kita merujuk kepada al-Quran kita dapati maksudnya "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu bermula dari diri yang satu dan yang menjadikan isterinya dan juga membiakkan dari keduanya zuriat keturunan laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan arham; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu".
(surah al-Nisa' 4 : 1)

"Dialah (Allah) yang mencipta kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan ia mengadakan pada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain".
(surah al-A'raaf 7 : 189)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawaIa menciptkan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu suami-isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan".
(Surah Ar-Rum 30::21)

"Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu anak-anak dan cucu cicit, serta kurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal".
(Surah An-Nahl 16:72)

Perkahwinan adalah dianjurkan bagi lelaki dan perempuan. Disebutkan di dalam Al-Quran maksudnya -

"Dan kahwinkanlah orang0orang yang bujang lelaki dan perempuan dari kalangan kamu dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu. Jika mereka miskin Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha luas RahmatNya dan limpah kurniaNya lagi Maha Mengetahui.
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya".
(Surah An-Nur 924:32 dan sebahagian 33)

Perkahwinan adalah sunnah Nabi (s.a.w.) dan beliau telah bersabda maksudnya -

"Demi Allah bukanlah aku ini orang yang paling taqwa kepada Allah, tetapi aku tetap berpuasa dan berbuka, bersalat dan tidur dan berkahwin. Barangsiapa membenci sunnahku, bererti ia bukan dari umatku".

Nabi (s.a.w.) juga telah bersabda maksudnya -

"Bila di antara kamu ada yang mampu kahwin hendaklah ia berkahwin, kerana nanti matanya akan lebih terjaga dan kemaluannya akan lebih terpelihara, Dan bilamana ia belum mampu kahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu mengawal nafsunya".
(Sunan Abu Dawud, Kitab Al-Nihah)

Perkahwinan didalam Islam bukan perjanjian atau kontrak biasa akan tetapi ia adalah perjanjian yang kuat (mithaq ghlidha).

Di masa haji beliau yang terakhir Nabi (s.a.w.) telah berpesan maksudnya -

"Bertaqwalah kepada Allah mengenai kaum perempuan. Sebenarnya kamu telah mengambil mereka atas jaminan kepada Allah dan perhubungan jenis dengan mereka telah dihalal bagi kamu dengan perkataan-perkataan Allah".
(Sahih Muslim, Kitab al-Haji Vol. 2 p. 615)

Di dalam al-Quran disebutkan maksudnya -

"Dan jika kamu hendaklah mengambil isteri menggantikan isteri lama yang kamu ceraikan sedang kamu telahpun memberikan kepadanya harta yang banyak maka janganlah kamu mengambil sedikit pun dari harta itu. Patutlah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan yang menyebabkan dosa yang nyata? Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan lain dan mereka pula telahpun mengambil perjanjian yang kuat (mithaq ghalidha) dari kami".
(Surah An-Nisaa 4: 20-21)

Supaya kita betul-betul memahami hak-hak dan kewajipan suami isteri di dalam Islam ada baiknya jikalau kita memandang kepada ajaran Islam mengenai kedudukan lelaki dan perempuan. Di dalam al-Quran disebutkan maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri kepada Allah dan orang-orang perempuan yang merendah diri kepada Allah dan orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatan serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatan dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar".
(Surah Al-Ahzab 33:35)

Mengenai hak-hak perempuan al-Quran menerangkan maskudnya -

"Dan isteri-isteri mempunyai hak yang sama seperti hak suami terhadap mereka dengan cara yang sepatutnya; dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan".
(
Surah Al-Baqarah 2:228)

Kedudukan itu telah dijelaskan di dalam suatu ayat al-Quran yang lain yang bermaksud -

" Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan dan memberi nafkah sebahagian dari harta mereka".
(Surah an-Nisa 4:34)

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Setiap orang dari kamu pengembala dan bertanggungjawab terhadap yang digembalakan. Kepala negara pengembala dan bertanggungjawab terhadap bawahannya. Seorang suami pengembala keluarganya dan bertanggungjawab terhadap yang digembalanya. Seorang isteri pengembala dalam ruamah suaminya dan bertanggungjawab terhadap yang digembalanya. Seorang makan gaji pengembala mengenai hartabenda majikannya dan bertanggungjawab terhadap yang digembalanya. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pengembala dan bertanggungjawab terhadap apa yang digembalakannya".

Suami dan isteri hendaklah menguruskan soal rumahtangga mereka dengan cara tolong menolong dan bantu membantu. Seperti yang disebut di dalam al-Quran maksudnya -

"dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka".
(Surah Ash-Syura 42:38)

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan), 1984 memperuntukkan sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syara", untuk menjadikannya sah. Sebagai tambahan beberapa peruntukan pentadbiran telah diadakan di bawah Akta itu. Pada masa sekarang diperuntukkan bahawa suatu perkahwinan yang bersalahan dengan Akta ini tidak boleh didaftarkan di bawah Akta itu akan tetapi telah dicadangkan bahawa peruntukan itu hendaklah dipinda supaya memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Akta ini tidak boleh didaftarkan di bawah Akta itu akan tetapi telah dicadangkan bahawa peruntukan itu hendaklah dipinda supaya memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Akta itu akan tetapi sah mengikut Hukum Syarak hendaklah didaftarkan tertakluk kepada penalti yang dikenakan. Ini termasuk perkahwinan di bawah umur minima (S. 8) dan poligama (S. 23). Ada juga terdapat peruntukan cara bagi permohonan berkahwin dan untuk pendaftaran perkahwinan.

Antara peruntukan di dalam Akta itu adalah peruntukan yang memerlukan persetujuan wali pihak perempuan untuk perkahwinan selain dari persetujuan perempuan itu. Ini mengikut ajaran yang ditafsir di dalam mazhab itu. Antara hadis yang digunakan ialah hadis maksudnya -

"Perkahwinan seorang perempuan tanpa izin walinya, adalah batal, batal, batal - Jika ada pertelingkahan Sultan yang menjadi wali bagi seorang yang tidak mempunyai wali".

Mengenai poligami kita boleh merujuk kepada ayat di dalam al-Quran yang maksudnya -

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain, dua, tiga atau empat. Jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezalaiman".
(Surah An-Nisaa 4:3)

"Dan kamu tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya. Oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-melampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang; dan jika kamu memperbaiki keadaan yang picang itu dan memelihara diri daripada perbuatan yang zalim maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi".
(Surah An-Nisaa 4:129)

Di dalam al-Quran disebutkan perkahwinan-perkahwinan yang dilarang, seperti maksudnya -

"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang berikut - ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu yang telah menyusukan kamu dan suadara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu dan kamu telahpun menceraikan mereka, maka tiadalah salah kamu berkahwin dengannya. Dan haram juga kamu berkahwin dengan bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali untuk menjadi isteri-isteri kamu kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.

Dan diharamkan juga kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan isteri orang. Haramnya segala yang tersebut itu ialah suatu ketetapan Allah yang diwajibkan ke atas kamu. Dan sebaliknya dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut, untuk kamu mencari isteri dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara zina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu maka berikanlah kepada mereka maskahsinnya dengan sempurna sebagai ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya. Sesungguhpun Allah Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
(Surah An-Nisaa 4: 23 - 24)

Disebutkan juga di dalam al-Quran maksudnya -

"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan musyrik kafir sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan Islam dengan lalaki kafir musyrik sebelum mereka beriman. Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada umat manusia, supaya mereka dapat megambil pelajaran".
(Surah al-Baqarah 2:221)

"Pada masa ini dihalalkan bagi kamu memakan makanan yang lazat serta baik. Dan makanan orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan kamu adalah halal bagi mereka. Dan dihalalkan kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan di antara perempuan-perempuan yang beriman dan juga perempuan-perempuan yang menjagi kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamumemberi mereka maskahwinnya, sedang kamu bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar sesudah ia beriman maka sesungguhnya gugurlah amalannya dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi".
(Surah al-Midah 5:5)

Perhubungan suami isteri

Seperti yang telah dihuraikan di atas, Islam menekankan pentingnya dan kewajipan menjaga hubungan perkahwinan seperti yang disebutkan di dalam al-Quran maksudnya:

"Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dan menyebut-nyebut namaNya serta peliharalah hubungan arham; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu"
(surah al-Nisa' 4:sebahagian ayat 1)

"Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki dengan beberapa keistimewaan atas orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan memberi nafkah sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan jika mereka berdegil pulaukan mereka di tempat tidur dan kalau juga masih berdegil pukullah mereka dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar mereka. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, Lagi Maha Besar".
(surah al-Nisa' 4:34)

"Dan isteri-isteri mempunyai hak yang sama seperti hak suami terhadap mereka dengan cara yang sepatutnya; dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan".
(surah al-Baqarah 2:sebahagian ayat 228)

Suami dan isteri diperintah hidup bersama di dalam aman dan hidup mesra dengan perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Seperti yang disebut di dalam al-Quran maksudnya:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan RahmatNya bahawa Allah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang ynag berfikir".
(surah al-Rum 30:21)

Al-Quran juga mengingatkan kita maksudnya:

"Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka dengan menahan dan menyusahkan mereka kerana kamu hendak mengambil sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya,kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka janganlah kamu terburu-buru menceraikan mereka, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu."
(surah al-Nisa' 4 : 19)

Pada masa haji terakhir baginda Nabi s.a.w. telah berkhutbah antara lain maksudnya -

"Bertakwalah kepada Allah mengenai kaum perempuan! Sesungguhnya kamu telah menerima mereka atas jaminan Allah dan perhubungan kamu dengan mereka telah dihalalkan dengan perkataan-perkataan Allah. Kamu mempunyai hak atas mereka iaitu mereka tidak membenarkan sesiapa duduk atas katil kamu yang kamu tidak berkenaan. Jika mereka membuat demikian kamu boleh memukul mereka akan tetapi tidak dengan keras. Hak-hak mereka supaya kamu memberi mereka makanan dan pakaian dengan cara yang sepatutnya."
(sahih Muslim, kitab al-Hajj)

Perhubungan suami isteri kerana sangat rapat dan mesra masing-masing disifatkan, antara satu sama lain, sebagai pakaian yang lekat di badan yang dapat mengawal dan memelihara pemakainya.

Seperti yang disebut di dalam al-Quran maksudnya -
"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka."
(surah al-Baqarah 2 : 187)

Perhubungan jenis di antara suami dan isteri dijadikan suci. Di dalam al-Quran disebutkan maksudnya -
"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang disukai dan sediakanlah amal-amal yang baik untuk diri kamu; dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya pada hari akhirat kelak. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman."
(surah al-Baqarah 2 : 223)

Kita dianjurkan berdoa kepada Allah seperti yang disebut di dalam al-Quran maksudnya -
"Wahai Tuhan kami berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa."
(surah al-Furqa 25 :74)

Tugas suami dan ayah di dalam Islam ialah seperti yang disebut di dalam al-Quran maksudnya -
"Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahannya manusia dan batu."
(surah al-Tahrim 66 : sebahagian ayat 6)

Di dalam al-Quran disebutkan juga maksudnya -
"Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka suami isteri membuat perdamaian di antara mereka berdua secara yang sebaik-baiknya kerana perdamaian itu lebih baik bagi mereka daripada cerai berai;sedang sifat bakhil kedekut tidak suka memberi atau bertolak ansur itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik dalam pergaulan dan mencegah diri daripada melakukan kezaliman, maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan."
(surah al-Nisa' 4 : 128)

Mengenai hak berkaitan pendapatan, disebutkan di dalam al-Quran maksudnya -
"Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang-orang perempuan ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; maka berusahalah kamu dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu..."
(surah al-Nisa' 4 : sebahagian ayat 32)

Perceraian

Talaq adalah perbuatan yang tidak disukai. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya -
"Perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talaq."
(sunan Abu Dawud, Kitab al-Talaq Vol. 2 p. 586)

"Siapapun perempuan yang minta cerai kepada suaminya tanpa suatu sebab, maka haram baginya bau syurga."

Di dalam al-Quran ada disebutkan banyak ajaran mengenai talaq dan acaranya. Antara ayat ialah yang bermaksud -
"Talaq yang boleh dirujuk kembali itu hanya dua kali. Sesudah itu boleh ia rujuk dan memegang terus isterinya itu dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan dengan cara yang baik."
(surah al-Baqarah 2 : sebahagian ayat 229)

"Sesudah dicerai dua kali itu jika diceraikan pula bagi kali yang ketiga maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan oleh suami baharu itu dan habis eddahnya, maka mereka berdua suami lama dan bekas isterinya tidaklah berdosa untuk kembali berkahwin semula jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang mahu mengetahui dan memahaminya."
(surah al-Baqarah 2 : 230)

"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka dari berkahwin selama tiga kali suci dari haid. Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali isteri-isteri itu jika suami-suami bertujuan hendak berdamai."
(surah al-Baqarah (2) : Sebahagian ayat 228)

"Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu kemudian mereka hampir habis tempoh eddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka dan (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudharat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejekan-ejekan dan permainan. Dan kenanglah nikmat Allah yang diberi kepada kamu dan kenanglah apa yang diturun kepada kamu iaitu kitab al-Quran dan ilmu hikmah, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(surah al-Baqarah (2) : 231)

Di dalam Surah At-Talaq disebutkan maksudnya -
"Wahai Nabi ! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mereka pada masa dapat memulakan iddahnya dan hitunglah masa-masa iddah itu dengan betul serta-bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan dari rumah-rumah kediamannya dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar dari situ kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. Patuhilah hukum-hukum itu kerana engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara yang lain.

Kemudian apabila mereka hampir habis tempoh iddahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (ruju') dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu; dan hendaklaha kamu yang menjadi saksi menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum Allah yang tersebut diberi pengingatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segara perkara yang menyusahkannya -

serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan ingatlah sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan kuasa masa yang berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haidh jika kamu menaruh syak terhadap tempoh iddah mereka, maka iddahnya ialah tiga bulan; dan demikian juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaidh. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak (melepaskan beban mereka). Dan ingatlah sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan.

Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan ingatlah sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya.

Tempatlah isteri-isteri yang menjalani iddahnya itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka dengan tujuan hendaklah menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu. Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu dengan cara yang baik. Dan sebaliknya jika kmau mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan iaitu menyusukannya.

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yag diberikan Allah kepadanya sekadar mampu; Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar kemampuan yang diberikan Allah kepadanya. Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (Surah At-Talaq (65) : 1 - 7)

Perdamaian digalakkan, seperti yang disebut dalam Al-Quran maksudnya - "Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka (suami isteri) maka lantiklah hakam untuk mendamaikan mereka iaitu seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua hakam itu dengan ikhlas bertujuan hendak mendamaikan nescya Allah akan menjadikan kedua suami isteri berpakat baik. sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya; (Surah An-Nisaa (4) : 35)

Ada diriwayatkan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud -
"Bahawa Ibn Umar menthalaq salah seorang isterinya di masa haid dengan sekali talaq. Lalu Umar menyampaikan hal itu kepada Nabi s.a.w. Maka beliau bersabada "Surahlah dia untuk merujuk, kemudian bolehlah ia mentalaqnya jika telah suci atau ketika ia hamil. (Sunan Abu Dawud, Kitab al-Talaq Vol 2 p. 586)

Di dalam satu hadith yang lain disebutkan maksudnya -

"Rasulullah (s.a.w.) mengakhbarkan kepada kami tentang seorang laki-laki yang menceraikan isterinya tiga kali sekaligus, maka beliau berdiri dengan marah lalu bersabda "Apakah akan dipermainkan kitab Allah padahal saya ada ditengah-tengah kamu?" Sehingga bangunlah seorang lalu berkata " Wahai Rasulullah! Adakah saya boleh membunuh dia?

Mengenai khlu' disebut di dalam al-Quran -
"Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan) kecuali jika keduanya suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran tebus talak yang diberikan oleh isteri untuk menebus diriny dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu. Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar hukum Allah maka mereka itulah orang yang zalim. (Surah al-Baqarah (2) : Sebahagian ayat 229)

Di dalam suatu hadith pula disebutkan maksudnya -

"Isteri Tsabit bin Qais datang kepada Rasulullah (s.a.w.) sambil berkata "Ya Rasulullah saya tidak mencela akhlaq dan agamanya, tetapi saya tidak ingin mengingkari ajaran Islam. Maka jawab Rasulullah s.a.w. "Mahukah kamu mengambilkan kebunnya" Jawabnya "Mau". Maka Rasulullah s.a.w. bersabda "Terima Tsabit kebun itu dan talaqlah ia satu kali ".
(Sunan Abu Dawud Kitab at-Talaq vol 2 p. 600)

Di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) ada disebut mengenai talaq dan cara pelaksanaannya, perdamaian dan hakm, khulu, taalik dan fasak, rujukdan pendaftaran perceraian dan rujuk. Ada peruntukan mengenai anggapan mati akan tetapi dicadang di dalam perkara itu isteri memohon fasakh.

Tuntutan fasakh boleh disandarkan kepada ayat al-Quran dan hadith antaranya yang bermaksud -
"Maka peliharalah dengan baik atau lepaskan dengan baik"
(Surah al-Baqarah (2) : Sebahagian ayat 229)

"Dan janganlah kamu pegang mereka dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiyakan dirinya sendiri"
(Sunan al-Baqarah (2) : Sebahagian ayat 231)

Hadith Nabi s.a.w. maksudnya -
"Tidak boleh membahayakan dan membalas dengan bahaya"

Disebutkan juga di dalam al-Quran maksudnya -
"Dan jika perempuan bimbang akan timbul nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya dari suami, maka tiadalah salah mereka membuat pendamaian di antara mereka berdua secara yang sebaik-baiknya kerana perdamaian itu lebih baik bagi mereka dari bercerai-berai; sedang sifat bakhil kedekut tidak suka memberi atau bertolak ansur itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik dalam pergaulan dan mencegah diri daripada melakukan kezaliman, maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan.
(Surah An-Nisaa (4) : 128)

Di dalam Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah Persekutuan) 1984 tidak disebut mengenai zihar dan lian. Lian disebutkan di dalam al-Quran maksudnya -
"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu, hanya dirinya sendiri, maka persaksian-persaksian bagi seorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah empat kali bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar."

Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata - Bahawa la'nat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang dusta.

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri yang kena tuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah empat kali, bahawa suaminya yang menuduh itu sesungguhnya adalah dari orang yang berdusta. Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata "Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar."

Kesan pembubaran perkahwinan

Seorang perempuan yang dicerai berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal di dalam masa eddahnya.

Di dalam Al-Quran disebutkan maksudnya -
"Wahai Nabi! apabila kamu (engkau dan umatmu) hendaklah menceraikan isteri-isteri kamu maka cerikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya dan hitunglah masa iddah itu dengan betul, serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah kediamannya dan janganlah pula dibenaran mereka keluar dari situ kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata"
(Surah At-Talaq (65) - Sabahagian ayat 1)

Tempatkanlah isteri-isteri kamu yang menjalankan iddah itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka di tempat tinggalnya itu dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu. Dan jika mereka keadaan sedang mengandung maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikalan kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu dengan cara yang baik. Dan sebaliknya jika kamu dari kedua pihak mengalami sulitan, aka bolehlah perempuan lain menyusukannya. (Surah At-Talaq (65) : 6)

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah ia memberi nafkah tidak memberati seseorang melainkan sekadar kemampuannya yang (Surah at-Talaq (65) : 7)

Mengenai muta'ah disebutkan di dalam al-Quran maksudnya -
"Tidaklah kamu bersalah jika kamu enceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh mereka atau sebelum kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian hendaklah kamu memberi muta'ah (pemberian saguhati) kepada mereka yang diceraikan itu. Iaitu suami yang senang hendaklah memberi saguhati itu menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang yang mahu berbuat kebaikan"
(Surah al-Baqarah (2) : 236)

"Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat muta'ah (pemberian sagu hati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang taqwa". (Surah al-Baqarah (2) : 241)

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang iddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu berilah muta'ah (pemberian sagu hati) kepada mereka dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.
(Surah al-Ahzal (33) : 49)

Di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, ada disebutkan mengenai tuntutan maskahwin, nafkah eddah, mutaah dan tempat tinggal. Ada juga disebut mengenai tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian boleh diasaskan kepada beberapa pendpaat ulama dan fatwa dan terdapat juga hadith Nabi s.a.w yang bermaksud -
"Nabi (s.a.w.) telah menghukumkan pembahagian sama rata antara dua orang yang dua-dua menuntut atas binatang, tiap-tiap seorang mendakwa binatang itu dia yang punya, selepas dua-dua mereka mengangkat sumpah"

Kedudukan kanak-kanak

Kesahtarafan seorang anak boleh diputuskan berdasar kepada dua ayat al-Quran yang bermaksud -
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan"
(Surah al-Ahqaf (46) : 15)

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialahd alam masa dua tahun.
(Surah Luqman (31) : 14)

Jelaslah dari dua ayat ini bahawa masa mengandung yang minima ialah 6 bulan. Adalah riwayat dari Aishah yang menyatakan "anak itu tidak tinggal lebih dari dua tahun dalah rahim ibunya" - ini menjadi pegangan mazhab Hanafi. di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) maka itu ditetapkan 4 tahun.

Mengenai hak jagaan anak disebutkan di dalam al-Quran maksudnya -
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diiberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seorang ibu itu menderita kerana anaknya dan jangan juga menjadikan seorang bapa menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut jika sibapa tiada. Kemudian jika keduanya suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan yang telah dicapai oleh mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah melakukannya. Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan upah yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah (2) : 233)

Terdapat juga dua hadith yang boleh menjadi panduan perkara hadhanah ini. Hadithnya ialah yang bermaksud -

(a) "Dari Abdullah bin Amar, bahawa seorang perempuan bertanya "Ya Rasulullah, sesungguhnya bagi anak laki-lakiku ini perutkulah yang mengandungnya, pangkuan aku menjadi perlindungannya dan tetek aku yang menyusuinya, tiba-tiba sekarang ayahnya mahu mencabutnya dari aku. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda "Engkaulah lebih berhak terhadapnya selama engkau tidak berkahwin lain"
(Sunan Abu Dawud Kitab at-Talaq Vol.2 p. 636)

(b) "Seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. katanya "Ya Rasulullah! Sesungguhnya suamiku mau membawa anakku pergi pada hal dialah yang mengambil air untukku dari sumur Abu Unbah dan dia pun berguna sekali bagiku. Maka Rasulullah s.a.w. bersabada "Ini ayahmu dan ini ibu mu. Pilihlah mana yang engkau sukai". Lalu anak tersebut memilih ibunya. Lalu ibunya pergi membawa anaknya.
(Sunan Abu Dawud Kitab at-Talaq Vol. 2 p. 617)

Penutup

Kita orang Islam hendaklah yakin bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang yang terbaik dan sesuai untuk kita. Sungguhpun boleh dikatakan semua sistem undang-undang berusaha untuk mencapai keadilan akan tetapi oleh kerana undang-undang Islam berpunca dari wahyu dari Allah Subhanahu wataala, yang lebih mengetahui keperluan manusia dan apa yang terbaik untuk mereka, Undang-undang Islam mempunyai keutamaan atas undang-undang lain. Seperti yang disebutkan di dalam al-Quran maksudnya -
"Tidakkah Allah yang mencipta sekalian makhluk itu mengetahui segala-galanya? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
(Surah Al-Mulk (67) : 14)

Kewajipan kita menegakkan keadilan telah ditegaskan di dalam al-Quran seperti dalam ayat yang maksudnya -

(a) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia Allah menyuruh kamu menghukumkan dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat."
(Sura An-Nisaa (4) : 58)

(b) Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi yang menerangkan kebenaran kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibubapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang yang di dalam itu kaya atau miskin maka janganlah kamu terhalang memperkatakan kebenaran, kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan daripada menjadi saksi maka sesungughnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa kamu lakukan.
(Surah An-Nisaa 9) : 135)

(c) Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Allah mengajar kamu dengan suruhan dan laranganNya ini supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
(Sura An-Nahl (16) : 90)

Untuk menegakkan keadilan kita memerlukan undang-undang untuk panduan kita dan tidak syak lagi kita telah dikurniakan undang-undang Islam yang terbaik dan lengkap. Sayangnya dengan pengedaran masa dan pengaruh penjajah, kita orang Islam telah mengabaikan atau dipaksa atau didorong meninggalkan pelaksanaan undang-undang Islam itu. Di Malaysia umpamanya kita telah dipaksa atau didorong menerima dan melaksanakan undang-undang Inggeris atau undang-undang berkaitan dengan undang-undang Inggeris itu. Undang-Undang Inggeris itu pula bukanlah diterima oleh kerana keyakinan atau kerelaan orang-orang di Malaysia akan tetapi ia telah diterima oleh kerana ia telah dilaksanakan selengkapnya. Untuk melaksanakannya telah diadakan antara lain mahkamah, hakim, megistret, pendakwa, peguam, pegawai polis dan pegawai penjara. Sebaliknya kita telah mengabaikan untuk mengadakan pegawai dan infra-struktur untuk pelaksanaan undang-undang Islam dan oleh kerana itulah telah timbul beberapa masalah dan teguran mengenai pelaksanaan undang-undang itu. Sesungguhpun sesuatu undang-undang itu terbaik dan lengkap akan tetapi pelaksanaanya boleh menimbulkan masalah.
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda maksudnya "Seandainya manusia diberi kebebasan dakwaan mereka, tentulah banyak orang yang mendakwakan dara orang dan hartanya. Akan tetapi orang yang didakwa itu harus bersumpah".
(Shih Muslim Kitab al-Adqiyyah vol. III p. 927)

Di dalam satu hadith lain dari Ummu Salamah dikatakan bahawa Nabi (s.a.w.) bersabda maksudnya : "Sesungguhnya aku hanyalah manusia, sedangkan kamu datang kepada ku untuk menyelesaikan persengketaan di antara kamu. Mungkin sebahagian dari kamu lebih pintar menyampaikan hujjahnya daripada sebahagian yang lain, lalu aku memutuskan baginya sesuai dengan apa yang aku dengar darinya."

Maka barang siapa yang aku putuskan baginya sebahagian dari hak dari saudaranya, maka hendaklah dia itu tidak mengambilnya; kerana sesungguhnya aku potongkan bagi sepotong dari api neraka.
(Sunan Abu Dawud Kitab al-Qdiyah vol III p. 1016; Sahih Muslim, Kitab al-Aqdyah vol III p. 927)

Ulama Islam telah berhujjah dari hadith yang kemudian itu bahawa pihak-pihak dalam satu kes berhak mempunyai peguam atau wakil untuk mengemukakan tuntutan mereka kepada hakim, kerana orang itu mungkin tidak boleh atau tidak sebaiknya membuat demikian. di dalam memutuskan suatu kes seorang hakim harus memandangkan kepada perkaraundang-undang dan perkara fakta. Di dalam perkara undang-undang mungkin hakim itu, oleh kerana ia ariff, boleh memutuskannya, sungguhpun ia juga memerlukan bantuan dan rujukan dari peguam-peguam yang mewakili pihak-pihak dalam kes itu. Pada masa dahulu haki boleh meminta bantuan dari mufti atau orang pakar. Sebaliknya di dalam perkara fakta adalah kewajipan pihak-pihak di dalam sesuatu kes mempersembahkan dan membuktikan fakta-fakta di dalam kes itu dan disinilah perkhidmatan seorang peguam boleh membantunya. Seorang peguamnya boleh menolong menerangkan kedudukan kes itu dan memberi nasihat kepada pihak itu. Peguam boleh menasihatkan pihak itu bertolak ansur dan cuba mengadakan pendamaian atau persetujuan yag digalakan di dalam Islam.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi (s.a.w.) telah bersabda maksudnya "Pendamaian (salah) antara orang-orang Islam dibolehkan, kecuali pendamaian yang menjadikan perkara halal haram dan perkara haram halal. Nabi (s.a.w.) juga telah bersabda "Orang-orang Islam terikat dengan perjanjian mereka."
(Sunan Ab Dawud, Kitab al-Aqidyah vol III p. 1020)

Ka'ab b. Malik telah berkata bahawa di zaman Nabi (s.a.w.) ia telah menuntut hutang di masjid dari Ibn Abu Hadrad dan mereka telah bertengkar dan suara kuat mereka telah sampai kepada Nabi (s.a.w.) di dalam rumahnya. Beliau keluar dan menasihatkan Ka'ab memaafkan separuh hutang itu. Ka'ab bersetuju dan Nabi (s.a.w.) telah menyuruh ia segera membuat demikian."
(Sama)

Seorang peguam atau wakil di dalam Islam hendaklah sentiasa berusaha mengadakan keadilan. Yahya b. Rashid telah berkata "Kami sedang duduk menunggu kedatangan Abdullah b. Umar. Beliau telah datang dan duduk bersama kami. Beliau berakta "Saya telah dengar Nabi (s.a.w.) bersabda "Jika campurtangan seorang itu menghalang mana-mana hukuman yang ditetapkan oleh Allah, bermakna ia berlawan dengan Allah; jika seorang berhujjah mengenai sesuatu perkara yang tidak benar, ia dimurkai oleh Allah hingga ia berhenti; jika seseorang membawa tuduhan yang tidak benar terhadap seorang Islam, ia akan ditempatkan oleh Allah di dalam nasjis keluar dari penduduk neraka hingga ia menarik balik tuduhan itu." Hadith ini telah juga diriwayatkan oleh Ibn Umar dengan tambahan bahawa Nabi (s.a.w.) bersabda maksudnya "Seorang yang membantu di dalam suatu perselisihan secara tidak adil menerima kemurkaan Allah Subanahu wataala."
(Sunan Abu Dawud, Kitab al-Aqdiyyah vol. III p. 1021)

Satu perkara yang terdapat di dalam sistem undang-undang Inggeris ialah kedudukan penting peguam. Hakim-hakim dipilih dari mereka yang telah bekerja dan berjaya sebagai peguam. Pada masa dahulu, pelajaran dan pendidikan undang-undang telah diusahakan oleh peguam dan pada masa sekarang pun pelajaran profesynal undang-undang diruuskan oleh peguam melalui Inns of Courts dan Law Society. Hakim-Hakim banyak memerlukan bantuan dari peguam di dalam mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa di hadapan mereka. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan pentadbira undang-undang di England akan runtuh jika tidak ada Peguam. Hakim-hakim dan peguam-peguam melibatkan diri mereka dengan kes-kes yangsebenarnya yagn di bawa kepada mereka. Ini mungkin adalah sejajar dengan amalan di dalam undang-undang Islam. Telah dikatakan bahawa Ubbay b. Ka'ab, seorang sahabat Nabi (s.a.w.) apabila disoal mengenai sesuatu perkara telah bertanya "Sudahkah ia terjadi". Apabila jawapannya tidak, beliau berkata "Tinggalkanlah sahaja hingga perkara itu terjadi. Apabila ia terjadi, kami akan memutuskan perkara itu."

Hadith yang mashyur mengenai Muadh ibn Jabal juga berpunca dari soal Nabi (s.a.w) "Bagaimanakah akan kamu menghukumkan apabila kamu diminta memtuuskan sesuatu kes". Nabi (s.a.w.) juga telah menasihatkan Syedina Ali "Apabila dua orang yang bersengketa menghadap kepadamu, maka janganlah kamu mengadili di antara keduanya, sehingga kamu mendengar dari orang yang kedua seperti kamu mendengar dari orang yang pertama; kerana sesungguhnya bila kamu melakukan yang demikian itu, maka akan jelaslah bagimu pengadilan."
(Sunan Abu Dawud, Kitab al-Aqdiyyah vol III, p. 1016)

Kita telah diwarisi dengan suatu sistem undang-undang yang tidak syak lagi tinggi mutunya dan tidak ada bandingan dari segi keadilan dan perikemanusiaan. Kita yang mentadbirkan undang-undang memikul tanggungan yang berat. Tugas kita ialah menunjukkan undang-undang Islam bukan sahaja terbaik akan tetapi perlaksanaannya membawa keadilan dan diterima baik oleh semua pihak.

KE ARAH MAHKAMAH SYARIAH PERSEKUTUAN

Kertas ini telah dibentangkan dalam Persidangan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil dengan Penasihat Undang-Undang dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri Kali Kelima).

Tiga perkara yang penting di mana kuasa membuat undang-undang diberi kepada Badan Undangan Negeri dan yang termasuk di bawah senarai Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan ialah tanah, Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga orang yang menganut agama Islam. walau bagaimanapun di bawah perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan diperuntukkan bahawa -
"Parlimen boleh, bagi maksud hanya menentukan persamaan undang-undang dan dasar membuat undang-undang mengenai pemegang tanah, perhubungan antara tuan tanah dan penyewa, pendaftaran hak milik dan surat ikatan berhubung dengan tanah, pindah milik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian mengenai tanah, ismen dan lain-lain hak dan kepentingan mengenai tanah, mengambil tanah dengan paksa, mengenai kadar dan penilaian tanah dan KerajaanTempatan; dan fasal (1)(b) dan (3) tidak boleh dipakai bagi apa-apa undang-undang mengenai mana-mana perkara itu".

Keperluan untuk mengadakan persamaan undang-undang dan dasar dalam bidang tanah dan kerajaan tempatan telah menyebabkan adanya Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Dalam perkara Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menagnut agama Islam, perundangan setakat ini telah dibuat oleh negeri-negeri, kecuali bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, di mana undang-undang boleh dibuat di bawah butiran 1 (a) Senarai Persekutuan bagi Jadual Kesembilan yang menyebut -
"Kerajaan dan pentadbiran Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan termasuk Hukum Syarak di dalamnya setakat yang sama seperti yang diperuntukkan dalam butiran 1 dalam senarai Negeri'.

Butiran 8 dalam Senarai 2 (Senarai Negeri) Jadual Kesembilan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri antara lain membuat peruntukan mengenai "keanggotaan, penyusunan dan acara bagi Mahkamah-Mahkamah Syariah yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh Undang-Undang Persekutuan".

Dengan adanya beberapa undang-undang yang berlainan mengenai Mahkamah Syariah dan undang-undang itu dibuat oleh Badan Perundangan Negeri telah timbul banyak kesukaran. Undang-undang itu tidak seragam dan Badan Perundangan Negeri hanya boleh menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Syariah dengan bidang kuasa terhad kepada negeri berkenaan sahaja. Sistem aturan dan organisasi Mahkamah-Mahkamah Syariah khususnya mengenai rayuan berbeza dari satu negeri dengan negeri lain.Tiap-tiap negeri mempunyai Mahkamah Rayuannya sendiri dan tidak ada usaha diambil untuk mengadakan undang-undang bersamaan (common law) bagi Mahkamah Syariah di Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah Negeri dihadkan mengenai kesalahan jenayah oleh undang-undang Persekutuan iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah). Terdapat kesukaran menyampaikan saman dan waran di luar negeri di mana ia dikeluarkan dan menguatkuasakan keputusan Mahkamah Syariah dalam satu negeri di luar negeri itu. Khususnya perintah nafkah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah sesuatu negeri tidak boleh dikuatkuasakan di luar negara itu dan ini terdapat mengenai perintah tahanan gaji yang dibuat oleh Mahkamah Syariah. Percanggahan bidang kuasa timbul antara negeri-negeri dan orang-orang yang memerlukan bantuan dan keputusan Mahkamah terpaksa berolak-alik dari satu negeri ke satu negeri. Keputusan Mahkamah Syariah Negeri tidak dipatuhi atau diberi kehormatan di negeri-negeri lain. Umpamanya seorang yang telah tidak diberi kebenaran berpoligami di Selangor, boleh pergi ke Terengganu dan mendapat kebenaran berkahwin dengan isteri yang kedua. Juga boleh dipersoalkan sama ada undang-undang negeri boleh membuat peruntukan mengenai umpamanya undang-undang keterangan di Mahkamah Syariah dan penyiasatan jenayah.

Pada masa ini tidak terdapat peruntukan khas di Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri bagi Perhakiman Syariah seperti yang terdapat bagi Perhakiman Sivil di Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Peresekutuan. Juga tidak terdapat peruntukan untuk perkhidmatan kehakiman dan perudangan syariah. Oleh kerana kedudukan dan status Mahkamah-mahkamah Syariah dan pegawai-pegawainya telah dinaikkan dan dan diperbaiki, mungkin perlu diadakan peruntukan mengenai keanggotaan, kuasa, perlantikan dan tempoh memegang jawatan bagi mereka disebutkan dalam Perlembagaan dan ini akanmenjadi lebihmudah dan berkesan jika Mahkamah-mahkamah Syariah dan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Selain dari isu undang-undang, masalah yang berat juga timbul dalam pentadbiran Mahkamah Syariah . Sungguhpun pegawai Mahkamah Syariah adalah pegawai negeri, skim perkhidmatan, syarat -syarat perlantikan dan perkhidmatan, gaji dan elaun mereka adalah ditetapkan dan diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan. Dalam perlaksanaan skim dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pegawai Mahkamah Syariah dinegeri-negeri terdapat banyak kemusykilan dan kelengahan dan tidak ada keseragaman antara negeri-negeri. Dipandang sangat perlu diadakan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan. Jawatan dalam Kehakiman dan perundangan di negeri adalah terhad dan tidak banyak peluang untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatanitu. Oleh kerana itu terdapat pegawai-pegawai yangmengikut kursus Diploma Pentadbiran dan Amalan Kehakiman yang diberi jawatan sebagai pegawai ugama termasuk Imam dan Kathi apabila mereka balik kenegeri masing-masing. Jika boleh diadakan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah Persekutuan, skim dan syarat-syarat perkhidmatan dapat diseragamkan dan mungkin terdapat lebih banyak peluang untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatan itu, kerana tidak lagi tertutup bagi negeri sahaja.

Pada masa sekarang Mahkamah-Mahkamah Sivil telah diberi perhatian yang sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan oleh kerana Mahkamah-mahkamah itu adalah Mahkamah persekutuan. Jika Mahkamah-mahkamah Syariah juga di jadikan Mahkamah Persekutuan mahkamah-mahkamah itu juga dapat diberikan perhatian yang sepenuhnya. Sungguh pun perkara Mahkamah Syariah dan pegawai-pegawainya ada terlibat dengan undang-undang Islam, akan tetapi perkara ini lebih melibatkan pentadbiran dan pengurusan, yang dapat diuruskan lebih baik diperingkat Persekutuan.

Jelaslah banyak masalah Mahkamah-mahkamah Syariah mengenai status dan bidangkuasanya dan perlantikan dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai kehakiman dan perundangan boleh diselesaikan jika Mahkamah-Mahkamah Syariah itu ditubuhkan sebagai Mahkamah Persekutuan,seperti Mahkamah Sivil. Pada permulaannya mungkin timbul keraguan di beberapa negeri, kerana negeri-negeri itu tidak mahu menyerahkan kuasanya dalam perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah di Wilayah -Wilayah dan negeri-negeri dimana Yang di-pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam.

Terdapat dua cara untuk mengadakan Mahkamah-Mahkamah Syariah Persekutuan dan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah Persekutuan. Yang pertama ialah menggunakan Fasal 1 (b) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, yanh memberi kuasa kepada Parlimen "membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebutkan dalam senarai negeri--- bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang dari antara dua buah negeri atau lebih". Akan tetapi undang-undang seperti itu tidak boleh berkuatkuasa di mana-mana negeri sehingga undang-undang itu telah diterima dengan suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu dan selepas itu undang-undang itu hendaklah disifatkan sebagai sesuatu undang-undang Negeri dan bukan suatu undang-undang persekutuan dan oleh yang demikian undang-undang itu boleh dipinda atau dimansuhkan oleh suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu. Ini mungkin akan menimbulkan masalah apabila terdapat perselisihan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkenaan.

Cara yang lebih efektif ialah dengan meminda Fasal (4) Perkara 76 dengan memberi kuasa kepada Parlimen membuat undang-undang mengenai keanggotaan, penyusunan dan acara mahkamah-mahkamah syariah. Ini adalah cara yang lebih keras tetapi lebih berkesan dan mungkin hanya boleh diadakan apabila negeri-negeri telah yakin mengenai faedah dan kebaikan cara itu.

Sebagai permulaan adalah dicadangkan langkah diambil di bawah Fasal 1(b) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi Mahkamah Syariah Persekutuan untuk wilayah-wilayah dan negeri-negeri yang mempunyai Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Ugamanya. Cadangan juga dibuat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan peruntukan bagi Mahkamah Syariah Persekutuan dengan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan.

Akta Mahkamah Syariah

Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan bagi Mahkamah Syariah. Maka inilah diperbuat etc.

Tajuk ringkas pemakaian dan mula berkuat kuasa

1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Mahkamah Syariah, 1994 dan hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2) Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh berkuatkuasa di mana-mana negeri kepada orang-orang yang menganut ugama Islam sehingga Akta ini telah diterima dengan suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 5(1).

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 4.

"Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama" dan "Pegawai Penguatkuasa Agama" ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 21(4).

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya peawai yang dilantik di bawah seksyen 21(1).

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkmah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

"Negeri" ertinya negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dan mana-mana negeri lain yang telah menerima Akta ini.

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 22.

"Pendakwa Syarie" ertinya seoran gpegawai yang dilantik di bawah seksyen 21(3).

"Wilayah-wilayah" ertinya Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Penubuhan Mahkamah Syariah

3. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Wilayah-wilayah dan negeri-negeri di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah-wilayah dan bagi tiap-tiap negeri.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah-wilayah dan Negeri-negeri.

Perlantikan Ketua Hakim Syarie

4. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang Ketua Hakim Syarie.

(2) Seorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -

(a) dia seorang warganegara; dan

(b) dia -

(i) Selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum perlantikannya, telah memegang jawatan
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu
negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau

(ii) seorang yang ariff tentang Hukum Syarak.

(3) Perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

5. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri melantik Hkaim-Hakim Mahkamah rayuan Syariah.

(2) Seorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -

(a) dia seorang warganegara dan

(b) dia -
(i) Selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum perlantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau Peguam syarie sesuatu negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau

(ii) Seorang yang arif tentang Hukum Syarak.

(3) Nama-nama Hakim Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah disiarkan dalam Warta.

Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah

6. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melantik Hakim-Hakim besar dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Seorang itu adalah alyak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -

(a) dia seorang warganegara; dan

(b) dia -

(i) Selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum perlantikannya, telah memegang jawatan
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau Pendakwa Sesuatu negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain pula; atau

(ii) seorang yang arif tentang Hukum Syarak.

(3) Perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah

7. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Ketua Hakim Syarie, melantik dari kalangan anggota perkhidmatan Kehakimman dan Perundangan Persekutuan Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Semua perlantikan di bawah subseksyen.

(3) hendaklah disiarkan dalam Warta.

Pendaftar-Pendaftar

8. Yang di-Pertuan Agong, boleh, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, melantik dari kalangan anggota perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Shariah Persekutuan, seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar-pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong-Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.

Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah

9. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai kuasa dalam Wilayah-Wilayah atau Negeri bagi mana ia ditubuh dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Besar atau Hakim Syarie.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah -

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa dan yang menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubung dengan -

(i) pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembubaran perkahwinan [fasakh], nusyuz, atau
pemisahan kehakiman [faraq] atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan
di antara suami isteri;

(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan kepada harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara
yang dinyatakan dalam subperenggan [i];

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan [hadhanah] budak-budak;

(iv) pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian;

(v) wasiat atau alang semasa maradal-maut seseorang si mati Islam;

(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam;

(vii) wakaf atau nazr;

(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;

(ix) menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati Islam atau bahagian-bahagian yang orang-orang itu masing-masing berhak; atau

(x) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana
undang-undang bertulis.

Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah

10. (1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di dalam Wilayah atau negeri bagi mana ia ditubuh dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah -

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukanoleh seseorang Islam di bawah mana-mana udnang-undang bertulis yang menetapkan kesalahan- kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakemen atau mana-mana undang-undang bertulis tidak melebihi dua ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan baginya;

(b) dalam biang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang
Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, yang amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau yang tidak dapat dinaggarkan dengan wang.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.

Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah

11. (1) Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah Wialyah atau Negeri daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah Syariah di Wilayah atau Negeri itu -

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pihak pendakwa atau oleh orang yang telah disabitkan, dan rayuan itu boleh sama ada terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana daripadanya;

(b) dalam bidang kuasa malnya -

(i) oleh mana-mana orang yang terkilang dengan keputusan itu, jika jumlah yang dituntut itu tidak
kurang daripada satu ribu ringgit;

(ii) dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri, oleh mana-mana
orang yang terkilan dengan keputusan itu;

(iii) dalam semua kes berhubung dengannafkah orang-orang tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu;

tetapi tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan; dan

(c) dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah memberi kebenaran merayu.

(2) Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh -

(a) dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu,
memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan;

(b) dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan, atau memerintahkan perbicaraan semula.

Permohonan untuk kebenaran merayu

12. (1) Suatu rayuan atau permohonan bagi kebenaran untuk rayuan di bawah perenggan (c) subseksyen (1) seksyen 11 hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan menjalankan usaha yang munasbah boleh mengetahuinya, dalam tempoh emapt belas hari dari tarikh penghakiman, perintah, atau keputusan sampai kepada pengetahuannya.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana permohonan bagi kebenaran untuk merayu, boleh atas alasan khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah habis tempoh.

Perakuan-perakuan pewarisan

13. (1) Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibyar olehnya fee yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian-bahagian yang padanya mereka masing-masingnya berhak.

Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah

14. (1) Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah atau Negeri hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dalam Wilayah atau Negeri itu dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah itu, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberi apa-apa arahan yang dikehedaki demi keadilan.

(2) Bilamana Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rkeod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah

15. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuas auntuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.

(2) Apabila suatu rayuan daripada suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberi kebenaran bagi memutuskan olehnya sendiri apa-apa soal undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.

(3) Apabila kebenaran telahpun diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia hendaklah mendengar dan memutuskan soal yang dibenarkan untuk dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat, dan sebagaimana yang difikirkannya adail bagi pemberesan rayuan itu.

Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah

16. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberi apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.

(2) bilamana Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.

Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah

17. (1) Anggota Mahkamah Rayuan Syariah adalah Ketua Hakim Syariah, Hakim-Hakim Besar Wilayah-Wilayah dan Negeri-negeri dan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Ketua Hakim Syarie boleh dari masa ke semasa melantik Hakim Mahkamah Tinggi, Syariah, apabila perlu, menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan dibereskan oleh seorang pengerusi dan mana-mana dua anggota Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie.

(3) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah, dan sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian, Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik Hakim yang paling kanan di antara Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk menjadi pengerusi.

Keputusan dengan majoriti

18. Rayuan hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota Mahkamah Rayuan Syariah.

Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun Hakim tiada

19. (1) Jika, dalam perjalanan apa-apa prosiding dalam sesuatu rayuan atau pada bila-bila masa sebelum diumumkan penghakiman, mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu tidak dapat, kerana sakit, atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai Hakim Mahkamah itu, maka, jika kedua-dua pihak bersetuju, pendengaran itu hendaklah diteruskan dan penghakimana tau penghakiman yang ditangguhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua orang Hakim Mahkamah yang ada tiu, dan bagi maksud-maksud rayuan itu, Mahkamah hendaklah disifatkan telah dianggotai dengan sempurnanya.

(2) Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), jika tiada keputusan sebulat suara, rayuan itu hendaklah didengar semula.

(3) Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak memberikan persetujuan mereka, atau lebih daripada seorang Hakim tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsi mereka sebagai Hakim-Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.

Kaedah-Kaedah rayuan

20. Ketua Hakim Syarie boleh membuat kaedah-kaedah tentang, prosedur bagi rayuan-rayuan dan permohonan bagi kebenaran merayu.

Perlantikan Pendakwa-Pendakwa Syarie dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama

21. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang, yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.

(3) Ketua Penakwa Syarie bolehlah melantik orang-orang yang layak dan sesuai daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

(4) Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.

Peguam Syarie

22. (1) Majlis boleh, apabila dibayar fee yang ditetapkan, menerima orang-orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum syarak menjadi Peguam Syarie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah -

(a) untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan fee-fee bagi penerimaan
Peguam Syarie; dan

(b) untuk mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie.

(3) Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun selain daripada Peguam syarie berhak hadir dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.

Suatu Akta bagi memindah Perlembagaan Malaysia.
Maka inilah diperbuat undang-undang etc.

Tajuk ringkas, dan mula berkuat kuasa

1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Perlembagaan (Pindaan), 1994.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan kepada Perkara 76

2. Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "kerjaan tempatan" di Fasal (4) Perkara 76 perkataan "keanggotaan, penyusunan, dan bidangkuasa dan kuasa Mahkamah Syariah".

Bahagian baru Bahagian 9A

3. Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian 9, suatu bahagian bahru, iaitu Bahagian 9A seperti berikut -

Bahagian 9A
MAHKAMAH SYARIAH

Mahkamah Syariah

131A (1) Maka hendaklah ada Mahkamah Syariah di tiga peringkat iaitu Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Mahkamah-mahkamah yang tersebut di fasal (1) hendaklah mempunyai apa-apa bidangkuasa dan kausa sebagaimana yang diberikan di bawah undang-undang Persekutuan.

Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah

131B (1) Mahkamah Rayuan Syariah mengandungi seorang Yang di Pertua Mahkamah Rayuan [yang digelarkan Ketua Hakim Syariah], Hakim-hakim Besar, Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah dan sehingga selainnya diperintahkan dengan perintah Yang di-Pertuan Agong, tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan dan beberapa orang hakim tambahan sebagaimana yang dilantik menurut Fasal (2).

(2) Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, lain daripada Hakim Besar, boleh bersidang sebagai seorang hakim Mahkamah Rayuan Syariah jika pada pendapat Ketua Hakim syariah, kepentingan-kepentingan keadilan memerlukan sedemikian dan hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (apabila perlu) oleh Ketua Hakim Syarie.

Keanggotaan Mahkamah Tinggi Syariah

131C Tiap-tiap satu Mahkamah Tinggi hendaklah mengandungi seorang Hakim Besar dan beberapa orang hakim yang lain, seperti yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perlantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah

131D (1) Ketua Hakim Syariah, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan tertakluk kepada Perkara 131 E hakim-hakim yang lain bagi Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, apabila bertindak atas nasihat Perdana Menteri, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

(2) Sebelum memberi nasihat di bawah Fasal (1) tentang perlantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi mana-mana negeri Perdana Menteri hendaklah meminta nasihat Ketua Hakim Syariah.

(3) Sebelum memberi nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang perlantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi, mana-mana negeri Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Ketua Menteri negeri yang berkenaan.

(4) Sebelum memberi nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang perlantikan seorang hakim, selain dari Ketua Hakim Negara atau Hakim Besar, bagi mana-mana Mahkamah Tinggi maka Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Hakim Besar, Mahkamah Tinggi yang berkenaan.

Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain

131E Perkara 131D tidaklah dipakai mengenai pertukaran seseorang Hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain, melainkan perutkaran itu adalah pertukaran Hakim Besar atau pertukaran sebagai Hakim Besar; dan pertukaran itu boleh diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Syriah, setelah meminta fikiran Hakim-hakim Besar bagi kedua-dua Mahkamah Tinggi itu.

Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah

131F Seseorang adalah berkelayakan dilantik di bawah Perakra 131D sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah jika

(a) dia orang warganegara; dan

(b) selama tidak kurang sepuluh tahun sebelum perlantikannya ia telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar Mahkamah Syariah atau Pendakwa Syariah ataupun menjadi anggota bagi ataupun menjadi anggota bagi perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Syariah Persekutuan atau pada satu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pada; atau

(c) seorang yang arif tentang Hukum Syarak.

Sumpah jawatan hakim

131G (1) Ketua Hakim Syariah, sebelum menjalankan tugas jawatannya, hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sutu sumpah jawatan dan taat setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.

(2) Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi, lain daripada Ketua Hakim Syaraiah, sebelum menjalankan tugas-tugas hakim, hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah itu mengenai kewajipan-kewajipan kehakimannya dalam apa-apa jua jawatan, dan, setelah, berbuat demikian, ia tidaklah dikehendaki mengangkat sumpah itu lagi apabila dilantik atau bertukar ke suatu jawatan kehakiman lain yang bukan jawatan Ketua Hakim Syariah.

(3) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Besar Mahkamah Syariah hendaklah mengangkat sumpah itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi itu yang kanan yang ada, melainkan jika orang itu emngangkat sumpah itu mengikut Fasal (4) sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

(4) Tertakluk kepada Fasal (3), seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi seorang Hakim Mahkamah Rayuan hendaklah mengangkat sumpah itu di hadapan Ketua Hakim Syariah atau, jika Ketua Hakim Syariah tidak ada, di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan yang kanan selepasnya yang ada.

(5) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (tetapi bukan Hakim Besar) hendaklah mengangkat sumpah itu di hadapan Hakim Besar Mahkamah Syariah itu atau, jika Hakim besar itu tidak ada, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah itu yang kanan selepasnya yang ada.

Tempoh memegang jawatan dan saraan bagi hakim Mahkamah Agung

131H (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim Mahkamah Rayuan hendaklah memegang jawatan sehingga ia mencapai umur enam puluh lima tahun atau sehingga suatu masa kemduiannya sebagaimaan diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh terkemudian daripada enam bulan selepas ia mencapai umur enam puluh lima tahun.

(2) Seseorang Hakim Mahkamah Rayuan boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi ia tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut peruntukan-peruntukan Perkara ini yang berikut.

(3) Jika Perdana Menteri, atau Ketua Hakim Syariah selepas berunding dengan Perdana Menteri, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan bahawa seseorang Hakim Mahkamah Rayuan patut dipecat oleh kerana kelakuannya tidak baik atau oleh kerana ia tidak berupaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau otak tidak berupaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau otak atau apa-apa sebab lain, menyempurnakan tugas jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal mengikut Fasal (4) dan merujukkan rayuan itu kepadanya; dan atas syor tribunal itu, Yang di-Pertuan Agong boleh memecat Hakim itu daripada jawatan.

(4) Tribunal tersebut hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima orang yang memegang atau telah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah atau, jika didapati oleh Yang di-Pertuan Agong perlantikan mustahak dibuat bagi tribunal itu, orang-orang yang memegang atau telah memegang jawatan yang setaraf di mana-mana Mahkamah Sivil di Malaysia dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh ahli yang pertama mengikut susunan yang berikut, iaitu, Ketua Hakim Syariah, Hakim-hakim Besar mengikut keutamaan antara mereka sendiri, dan ahli-ahli lain mengikut tarikh perlantikan mereka bagi jawatan yang melayakkan mereka menjadi ahli (antara dua orang hali, yang tua mendahului yang muda jika tarikh perlantikan mereka sama).

(5) Sementara menantikan apa-apa rujukan dan laporan di bawah Fasal (3) Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Perdana Menteri dan mengenai mana-mana Hakim lain selepas berunding dengan Ketua Hakim Syariah menggantung seseorang Hakim Mahkamah Rayuan dariapda menjalankan tugas-tugasnya.

(6) Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan bagi saraan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendakalh dipertanggungkan kepada Kumpulan wang disatukan.

(6A) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perkara ini, Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan bagi syarat-syarat jawatan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah, selain daripada saraan mereka.

(7) Saraan dan lain-lain syarat jawatan (termasuk hak pencen) bagi seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah tidak boleh selepas perlantikannya, dibuat apa-apa perubahan yang kurang baik baginya.

(8) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sahnya apa-apa perkara yang dilakukan oleh seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa Hakim itu telah mencapai had umur yang ia dikehendaki bersara.

(9) Perkara ini hendaklah dipakai bagi seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana ianya dipakai bagi seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dikecualikan, sebelum menggantung di bawah Fasal (5) seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah lain daripada Hakim Besar, Yang di-Pertuan Agong hendaklah meminta fikiran Hakim Besar Mahkamah Syariah itu dan bukan fikiran Ketua Hakim Syariah.

Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah menghukum kerana penghinaan terhadap mahkamah

131I Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah adalah berkuasa menghikum sesiapa yang melakukan apa-apa penghinaan terhadapnya.

Sekatan mengenai perbincangan Parlimen tentang kelakuan Hakim

131J Kelakuan seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan sautu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telahd iberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilagnan ahli Majlis Parlimen itu, dan juga tidak boleh dibincangkan dalam mana-aman Dewan Negeri.

Pindaan kepada Perkara 132

4. Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan menambahkan selepas "(b) perkahidmatan kehakiman dan undang-undang" butiran "(ba) perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Syariah."

Perkara baru 138A

5. Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Perkara 138, perkara 138A seperti berikut :

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang Syariah

138A (1) Makan hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang Syariah yang bidangkuasanya adalah meliputi semua anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Syariah.

(2) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang Syariah hendaklah mengandungi -

(a) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang akan menjadi Pengerusi;

(b) seorang atu beberapa orang ahli lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, selepas berunding dengan ketua Hakim Syariah, dari antara orang-orang menjadi atau telah menjadi atau yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah.

(c) Ketua Pendakwa Syarie.

Pindaan kepada Jadual Kesembilan

6. Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adlaah dipinda seperti berikut -

(a) di Butiran 4(a) senarai I, masukkan perkataan "lain daripada Mahkamah Syariah".

Rakan-rakan Pembaca Budiman