Showing posts with label Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Kuliah. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

KURSUS INTEGRASI QUR’AN-HADIS-ARAB: MODUL SATU


Buku Percuma: KAEDAH-KAEDAH TASRIF BAHASA ARAB (peringkat Asas)

Modul Terbaru

5 bulan = 40 jam

KURSUS INTEGRASI QUR’AN-HADIS-ARAB: MODUL SATU

3 dalam 1

(Al-Quran-Al-Hadis-Bahasa Arab)

Oleh

Pensyarah dan pendidik berpengalaman bidang Bahasa Arab untuk semua peringkat

Dr. Badri Najib bin Zubir

Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Konsep kursus:

Peserta-peserta kursus akan mempelajari petikan-petikan terpilih daripada al-Qur’an dan hadis dari segi kefahaman maksud, dan seterusnya mempelajari asas-asas bahasa Arab melalui analisis terhadap teks yang dipelajari dan aplikasi pola ayat yang diperolehi daripada teks tersebut.

Manfaat-manfaat:

i. Memahami 12 surah al-Qur’an dan 40 hadis pilihan daripada kitab Riyad al-Salihin karangan Imam al-Nawawi

ii. Mampu memberi penerangan mengenai maksud dan pengajaran yang berkaitan dengan teks Qur’an dan hadis yang dipelajari

iii. Memperolehi kemahiran asas pemahaman yang membolehkan mereka memahami teks-teks Arab yang mudah

iv. Mampu menggunakan kamus sebagai alat bantuan pemahaman

v. Mampu menggubah perkataan-perkataan yang dipelajari kepada pelbagai bentuk

vi. Menguasai teknik ‘leveraging’ untuk memperbanyakkan jumlah kosa kata (vocabulary) yang difahami, iaitu sekurang-kurangnya 5 perkataan bagi setiap perkataan Arab yang dipelajari.

Sasaran peserta-peserta:

Orang ramai yang berminat mempelajari bahasa Arab dengan berintegrasikan pengajian teks al-Qur’an dan hadis, termasuk:

  • · Golongan dewasa yang bekerja dan kesuntukan masa;
  • · Suri rumah yang berminat dengan bahasa Arab;
  • · Pelajar-pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Bahasa Arab dan ingin memantapkan kecekapan mereka.

Pra-syarat Peserta

Peserta hendaklah mampu membaca al-Qur’an dengan lancar dan teks-teks Arab yang berbaris.

Biodata Pengajar:

Dr. Badri Najib berkelulusan PhD dalam Bahasa Arab yang diperolehinya dalam tahun 1999. Sebelum itu, beliau menuntut di Universiti Al-Azhar dan mendapat ijazah BA Bahasa Arab pada tahun 1992.

Beliau telah bekerja di UIAM sejak tahun 1993. Dr.Badri juga aktif dalam penulisan dan kajian di UIAM dan terlibat dengan perundingan dan editorial di dalam dan luar Negara.

Lokasi: Gombak

Hubungi: info@alkhwarism.com

PANDUAN PENGGUNAAN BUKU

· Pembaca dinasihatkan supaya membaca keseluruhan buku ini secara teratur, iaitu dengan membaca pelajaran-pelajaran yang disajikan satu persatu mengikut susunan di dalam buku. Ini kerana setiap pelajaran bergantung kepada kefahaman terhadap pelajaran yang terdahulu. Di samping itu, pelajaran yang terkemudian sering mengandungi istilah-istilah yang dijelaskan dalam pelajaran-pelajaran yang lebih awal. Oleh itu, pastikan anda memahami sepenuhnya sesuatu pelajaran sebelum berpindah ke pelajaran berikutnya.

· Setelah tamat membaca kesemua pelajaran, pembaca bolehlah mengulang bacaan pada bahagian-bahagian yang tertentu bagi tujuan memperkemaskan kefahaman atau ingatan terhadap konsep atau kaedah.

· Contoh-contoh perkataan yang diberikan dalam sesuatu pelajaran adakalanya diterjemahkan terus di dalam pelajaran itu, terutamanya apabila ia digunakan dalam ayat. Bagi perkataan-perkataan yang tidak diterjemahkan, pembaca boleh merujuk maknanya di bahagian Glosari.


Monday, June 15, 2009

Bahasa Arab: Asas

Dalam buku ini, saya lampirkan pengenalan dan asas-asas kaedah bahasa arab. Boleh ikut muka-ke-muka atau lompat ke muka yang anda suka asalkan anda sudah faham dengan asas-asas sebelumnya.

Ramai guru-guru bahasa arab ada. Boleh pelajari dari mereka juga secara langsung. Jika tidak, boleh belajar dari media elektronik dan cetak seperti di antarajaring (internet).

Jika tahu bahasa arab, anda boleh memahami Al-Quran dan Al-Hadis dan juga tulisan-tulisan dalam bahasa arab.

Sekian. Wallahu 'alam.















Bahasa Arab: Pengenalan

Pelajari bahasa arab mudah untuk memahami Al-Quran. Bila sudah mahir, tingkatkan penguasaan bahasa arab ke peringkat menengah dan seterusnya peringkat tinggi jika boleh.

Memahami Al-Quran melalui bahasa arab akan membuat anda berasa yakin disamping merujuk tafsir-tafsir besar yang lain seperti memahami asbabun nuzul dan konteks ayat atau bahasa yang digunakan memerlukan penguasaan bahasa arab yang asal, tinggi, konteks dan juga klasik.

Diagram di bawah ini saya dapat dari kawan untuk pembelajaran peringkat asas bagi peminat-peminat bahasa arab. Semoga mendapat manfaat.

Sekian. Wallahu 'alam.



FEEL MADHI

أَنَا

نَحْنُ

___ ___ ___ تُ

___ ___ ___ نَا

G/Nama 1

أَنْتَ

أَنْتِ

أَنْتُمْ

___ ___ ___ تَ

___ ___ ___ تِ

___ ___ ___ تُمْ

G/Nama 2

هُوَ

هِيَ

هُمْ

___ ___ ___

___ ___ ___ تْ

___ ___ ___ وا

G/Nama 3

FEEL MUDHORE`

أَنَا

نَحْنُ

أ ___ ___ ___

نـ ___ ___ ___

G/Nama 1

أَنْتَ

أَنْتِ

أَنْتُمْ

تـ ___ ___ ___

تـ ___ ___ ___ ين

تـ ___ ___ ___ ون

G/Nama 2

هُوَ

هِيَ

هُمْ

يـ ___ ___ ___

تـ ___ ___ ___

يـ ___ ___ ___ ون

G/Nama 3

FEEL AMAR

أَنْتَ

أَنْتِ

أَنْتُمْ

___ ___ ___ ْ

___ ___ ___ ي

___ ___ ___ وا

G/Nama 2



Rakan-rakan Pembaca Budiman