Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Perundingan, Kursus & Perkhidmatan ICT



Peringkat sijil, postgraduate diploma dan professional

1. Diploma Eksekutif

· Postgraduate Diploma in Protective Security Management [ in collaboration with Chief Government Security Office (CGSO)]

2. Latihan professional

· ICDL (International Computer Driving License)

3. Bengkel dan kursus-kursus jangka pendek

· Macromedia Dreamweaver 8

· Adobe Photoshop CS2

· Microsoft Office 2007 (Basic)

· Microsoft Office 2007 (Intermediate)

· Managing Internet and Email

· Macromedia Flash CS3

· Pengaturcaraan PHP

· MySQL database

· Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)

· IT Camp for Teens

4. Perkhidmatan lain

· Penyewaan makmal computer untuk pembelajaran atau kursus

· Perundingan

· Pengurusan Majlis seperti seminar, bengkel, persidangan

· Pembaikan dan servis PC

· Percetakan

· Pembinaan laman sesawang

· Rekaan grafik

Lokasi: Gombak / Damansara / Kepong / Batu Caves / Ampang / Sg. Buloh / Selayang

Hubungi: info@alkhwarism.com

Peserta-peserta akan diberi SIJIL penyertaan

KURSUS INTEGRASI QUR’AN-HADIS-ARAB: MODUL SATU


Buku Percuma: KAEDAH-KAEDAH TASRIF BAHASA ARAB (peringkat Asas)

Modul Terbaru

5 bulan = 40 jam

KURSUS INTEGRASI QUR’AN-HADIS-ARAB: MODUL SATU

3 dalam 1

(Al-Quran-Al-Hadis-Bahasa Arab)

Oleh

Pensyarah dan pendidik berpengalaman bidang Bahasa Arab untuk semua peringkat

Dr. Badri Najib bin Zubir

Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Konsep kursus:

Peserta-peserta kursus akan mempelajari petikan-petikan terpilih daripada al-Qur’an dan hadis dari segi kefahaman maksud, dan seterusnya mempelajari asas-asas bahasa Arab melalui analisis terhadap teks yang dipelajari dan aplikasi pola ayat yang diperolehi daripada teks tersebut.

Manfaat-manfaat:

i. Memahami 12 surah al-Qur’an dan 40 hadis pilihan daripada kitab Riyad al-Salihin karangan Imam al-Nawawi

ii. Mampu memberi penerangan mengenai maksud dan pengajaran yang berkaitan dengan teks Qur’an dan hadis yang dipelajari

iii. Memperolehi kemahiran asas pemahaman yang membolehkan mereka memahami teks-teks Arab yang mudah

iv. Mampu menggunakan kamus sebagai alat bantuan pemahaman

v. Mampu menggubah perkataan-perkataan yang dipelajari kepada pelbagai bentuk

vi. Menguasai teknik ‘leveraging’ untuk memperbanyakkan jumlah kosa kata (vocabulary) yang difahami, iaitu sekurang-kurangnya 5 perkataan bagi setiap perkataan Arab yang dipelajari.

Sasaran peserta-peserta:

Orang ramai yang berminat mempelajari bahasa Arab dengan berintegrasikan pengajian teks al-Qur’an dan hadis, termasuk:

  • · Golongan dewasa yang bekerja dan kesuntukan masa;
  • · Suri rumah yang berminat dengan bahasa Arab;
  • · Pelajar-pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Bahasa Arab dan ingin memantapkan kecekapan mereka.

Pra-syarat Peserta

Peserta hendaklah mampu membaca al-Qur’an dengan lancar dan teks-teks Arab yang berbaris.

Biodata Pengajar:

Dr. Badri Najib berkelulusan PhD dalam Bahasa Arab yang diperolehinya dalam tahun 1999. Sebelum itu, beliau menuntut di Universiti Al-Azhar dan mendapat ijazah BA Bahasa Arab pada tahun 1992.

Beliau telah bekerja di UIAM sejak tahun 1993. Dr.Badri juga aktif dalam penulisan dan kajian di UIAM dan terlibat dengan perundingan dan editorial di dalam dan luar Negara.

Lokasi: Gombak

Hubungi: info@alkhwarism.com

PANDUAN PENGGUNAAN BUKU

· Pembaca dinasihatkan supaya membaca keseluruhan buku ini secara teratur, iaitu dengan membaca pelajaran-pelajaran yang disajikan satu persatu mengikut susunan di dalam buku. Ini kerana setiap pelajaran bergantung kepada kefahaman terhadap pelajaran yang terdahulu. Di samping itu, pelajaran yang terkemudian sering mengandungi istilah-istilah yang dijelaskan dalam pelajaran-pelajaran yang lebih awal. Oleh itu, pastikan anda memahami sepenuhnya sesuatu pelajaran sebelum berpindah ke pelajaran berikutnya.

· Setelah tamat membaca kesemua pelajaran, pembaca bolehlah mengulang bacaan pada bahagian-bahagian yang tertentu bagi tujuan memperkemaskan kefahaman atau ingatan terhadap konsep atau kaedah.

· Contoh-contoh perkataan yang diberikan dalam sesuatu pelajaran adakalanya diterjemahkan terus di dalam pelajaran itu, terutamanya apabila ia digunakan dalam ayat. Bagi perkataan-perkataan yang tidak diterjemahkan, pembaca boleh merujuk maknanya di bahagian Glosari.


Rakan-rakan Pembaca Budiman