Pengenalan:
“يسرواولاتعسروا" (hadis Nabi saw)
Umum mengetahui majoriti muslim dilahirkan sebagai muslim dari ibubapa muslim. Bagi ‘muslim convert’ yang dilahirkan dalam keluarga bukan islam, pengertian islam lebih dihayati dengan sepenuhnya berbanding dengan ‘muslim by birth’. Penulis sempat merantau dan mengembara ke beberapa buah negara di timur dan barat, di utara dan selatan dan juga mempelajari dengan intensif dari media-media cetak dan elektronik kehidupan manusia di dunia. Ilmu-ilmu yang bermanfaat ini memungkinkan penulis berfikir lebih jauh apa erti sebenarnya penulis dan anda yang ‘muslim by birth’ atau ‘muslim convert’ menganut Islam dan menjadi seorang muslim. Kali ini penulis akan merujuk karya Syeikh Dr. Fathi Yakan dan mengaitkannya dengan realiti kehidupan zaman moden sekarang ini terutama bagi seorang melayu muslim di Malaysia.
Syeikh Dr. Fathi Yakan: Apa ertinya saya menganut islam?
Saya diperkenalkan buku-buku karya Fathi Yakan semasa di sekolah menengah. Kemudian buku ini digunakan oleh ustazah yang mengajar subjek agama islam semasa kursus persediaan A-level dan dari sinilah saya masih ingat ilmu yang diajar sehingga sekarang.
Bahagian pertama buku ini mengandungi topik:
1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.
2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.
3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.
4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.
5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.
6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.
Bahagian pertama buku ini bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang muslim bagi membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.
Di posting yang berikutnya, penulis akan melampirkan kandungan setiap bab dalam buku tersebut dan akan cuba menghuraikan dan mengaitkan dengan kehidupan harian dengan cara yang mudah difahami oleh orang awam.
Sekian. Wallahu ‘alam.
Takziah di atas berita yang baru diterima semasa saya sedang menulis tajuk ini:
Sabtu, 2009 Jun 13
Ust Fathi Yakan kembali kepada Allah...
Disaat umat Islam seluruh dunia hari ini sibuk dengan urusan masing-masing, kita dikejutkan dengan hilangnya sebutir lagi mutiara berharga bagi gerakan Islam dunia. Website http://www.ikhwan-jor.com/ hari ini melaporkan kematian Al-Fadhil Ust Fathi Yakan , tokoh Ikhwan yang menggerakkan dakwah di beberapa buah Negara Arab seperti Lubnan dan lain-lain pagi tadi.
Ust Fathi Yakan meninggal dunia ketika umurnya mencapai 76 tahun dan separuh dari umurnya dihabiskan dijalan dakwah bersama gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Beliau lahir pada tahun 1933. Beliau yang sinonim dengan karya ‘Maza Ya’ni Intima’ lil Islami ?” – Apa Ertinya Saya Menganut Islam ‘ dan Abjadiyah Dalam Gerakan Islam sering dijemput ke pelbagai buah Negara termasuk di Malaysia satu waktu lalu dalam rangka membincangkan perkara-perkara berkait masalah ummah dan perkembangan gerakan Islam.
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment